Kastam MyPetroleum

Panduan Butiran 58 A

Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) 2021 telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 15 Jun 2021 dengan memasukkan Butiran 58A, Jadual A.

Pengecualian cukai jualan di bawah Butiran 58A diberikan kepada mana mana orang yang diluluskan untuk menjalankan perkhidmatan bunkering di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI
Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) 2021 yang berkuatkuasa pada 15 Jun 2021.