Mengenai MyPetroleum
MyPetroleum JKDM - Sistem Maklumat Bunker Petroleum.
Laman ini dibangunkan sebagai satu platform kepada mana-mana orang yang diluluskan untuk menjalankan perkhidmatan bunkering di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 memohon kelulusan pengecualian cukai jualan di bawah Butiran 58 A Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.
Bunkering adalah kegiatan menyalurkan apa-apa jenis bahan api (produk petroleum)untuk menggerakkan/ kegunaan enjin kapal di dalam had pelabuhan atau jeti yang diberi kebenaran oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.